Jemaah berhimpun Tak Nak Judi


Dibawah adalah kenyataan dari Gerakan Membantah Judi atau dikenali Himpunan Tak Nak Judi. Sebagai orang yang beragama islam aku sangatlah menyokong penuh Himpunan Tak Nak Judi. Diharap Gerakan Himpunan ini mencapai apa yang dimatlamatkan untuk kesejahteraan rakyat khususnya.

Sedekah Yang Ditolak dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)


Mesej dari GMJ:
Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara. Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG). Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat Cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain. Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi. Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. Kita perlu memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya. Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia. Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua. Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Ada kata-kata nakal daripada anak muda berkata bahawa apabila himpunan tiada perarakan, tiada gas pemedih mata, tiada semburan air asid, tiada FRU, tiada anjing dan tiada ribuan polis yang mengepung maka himpunan menjadi tidak mencabar. Maka mereka membuat kesimpulan tidak mahu hadir dalam himpunan ini. Suka saya nyatakan pertamanya apakah niat kita yang sebenar datang himpunan ini. Adakah niat kita mahu menyelamatkan negara daripada judi kerana Allah atau niat kita kerana mahu dilihat hebat bila ditangkap polis?. Keduanya bukankah kalau sudah terlalu ramai yang datang ke Masjid Negara sehingga puluhan ribu sudah tentu ada pihak tercabar. Bila tercabar bukankah gas pemedih mata, semburan asid dan tangkapan polis akan berlaku. Jadi apa yang kita mahu lagi ? Ayuh mari kita jayakan himpunan ini.

Sumber:
http://www.facebook.com/event.php?eid=132265333461855&ref=nf

Menganiayai Diri Sendiri adalah Syirik!


Kita diperintahkan menjauhi dosa syirik kerana dosa orang yang mensyirikkan Allah SWT amat besar. Antaranya ialah seperti yang disebutkan di dalam firman Allah yang maksudnya: ”Orang yang menyekutukan Allah, diharamkannya syurga atasnya dan tempat kembalinya adalah neraka. Dan orang-orang zalim itu tidak memiliki para penolong.” (Al Ma’idah: 72) Syirik dikatakan sebagai satu kezaliman yang sangat besar kerana manusia yang diciptakan Allah, diberi rezeki oleh Allah, kehidupan oleh Allah, tetapi ia tidak tahu berterima kasih bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain. Rasulullah SAW telah mengajarkan sebuah doa agar terhindar daripada dosa syirik iaitu: “Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu, sedangkan aku mengetahui hal itu. Dan aku meminta perlindungan kepada Engkau dari tindakan menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku tidak tahu.”

Hadis:
Dari Abdullah r.a katanya:” Setelah turun ayat:’Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan penganiayaan...(hingga akhir ayat surah al-An’am:82) maka para sahabat merasa sukar memahami maksud ayat itu. Kerana itu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Siapakah di antara kami yang tidak pernah menganiayai dirinya?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Bukan begitu! Maksudnya ialah sebagaimana diajarkan Luqman kepada anaknya, katanya:”Hai anakku! Janganlah kamu syirik (menyekutukan Allah), kerana syirik itu adalah aniaya besar.”

Sumber rujukan: ii.islam.gov.my/

Widget Direktori Halal



Dibawah adalah Widget untuk Direktori Halal, Widget tersebut telah dibangunkan  oleh Halal Industry Development Corporation (HDC). Kita sering maklum, agak susah untuk memastikan kandungan sesuatu makanan dipasaran itu samaada halal atau mengandungi unsur-unsur haram. Oleh itu pihak Halal Industry Development Corporation (HDC) telah cuba membantu kita dengan menghasilkan dan menyediakan Widget tersebut.

Pada pendapat saya agak bagus jika Widget Direktori Halal ini dipasang di Blog atau Website untuk memudahkan rujukkan. Tapi saya lebih berharap jika widget tersebut juga disediakan untuk kegunaan alat seperti peranti telepon. 

Jika anda berminat memasang widget tersebut di blog/website anda sila klik disini




Video pelancaran

Tip dan Info Cicak Tokek yang berharga jutaan ringgit perkilo

e Gekko gecko lizards belonging to the family Gekkonida for sale

Cicak Tokek? Pihak media telah membuat penyataan yang mengatakan yang cicak tokek tersebut mempunyai enzim-enzim yang boleh menyembuhkan penyakit HIV/Aids. Dengan berbekalkan informasi tersebut, kini ramailah orang-orang telah cuba mendapatkan tokek tersebut yang dikatakan boleh mencapai harga jutaan ringgit perkilo. Sebelum itu baik lah anda membaca informasi dan cara-cara dibawah.

Tokek ialah panggilan sebenarnya adalah merujuk kepada cicak yang bersaiz besar. Tokek adalah sejenis reptilia yang dikategorikan sebagai cicak besar iaitu dari spesis Gekkonidae. Tokek rumah juga dikenali sebagai Gekko gecko.

Dari segi rupa cicak tersebut mempunyai saiz badan dan kepala yang agak besar. Panjangnya saja dikatakan boleh mencapai sehingga 340mm termasuklah ukuran ekornya. Cicak tokek mempunyai struktur kulit yang agak kasar dan mengerutu kasar. Haiwan tersebut berwarna agak kelabu kecoklatan dan terdapat bintik-bintik berwarna merah atau oren. Dibahagian sisi perut pula warnanya agak kebiru-biruan dan kekuning-kuningan. Ekor cicak tokek agak mengembung, berbelang-belang, dan mempunyai enam baris seperti ruas-ruas buluh. Jari-jiri cicak ini agak lebar berbanding cicak biasa, mungin ini berfungsi untuk menampung saiz badan cicak tersebut yang agak besar.

Cicak tokek ini boleh dijumpai dinegara-negara seperti India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

TIPS MEMELIHARA CICAK TOKEK

1. Tokek merupakan haiwan yang tahan lapar dan pertukaran cuaca. Walaupun tidak diberi makan seminggu, ia masih mampu bertahan.

2. Tokek adalah haiwan karnivor. Jadi jika dia kumpul disatu tempat yang sama, cicak tersebut akan memakan sesama sendiri. Jadi, adalah perlu untuk satu kandang bersamaan satu cicak.

3. Tokek tidak tahan kepada tekanan, jangan terlalu kerap  mengubah lokasi kandang cicak tokek. Jika keadaan ini berlaku cicak tersebut tidak akan makan makanan yang diberikan. Kebanyakkan cicak tokek mati kerana perkara ini.

4. Lokasi kandang yang agak mesra alam, Kandang diluar rumah yang redup seperti bawah pokok adalah lebih baik berbanding didalam bangunan.

5. Tokek yang baru ditangkap biasanya tidak mahu menjamah makanan dalam tempoh 2-3 minggu. Cara terbaik adlah membina kandang dari pada kayu, peratusan untuk cicak itu pulih daripada stress agak cepat.

6. Elakkan dari bertelur, kerana kita bukan hendak membiakkan cicak tersebut. Konsep 1 cicak bersamaan 1 kandang.

7. Kandang yang baik seharusnya diperbuat dari kayu, berwarna agak gelap, hanya bahagian pintu sahaja menggunakan dawai untuk pengudaraan. Maksimum hanya dua tokek dalam 1 kandang.

8. Makanan terbaik untuk cicak tokek adalah serangga-serangga seperti cengkerik dll.

9. Jangan memegang tokek dibahagian ekor, kerana ia akan menanggalkan ekornya. Jangan sampai digigit, kerana gigitan cicak tokek agak kuat seperti kura-kura. Cara terbaik adlah memegang dibahagian tengkuknya.

Mavi Marmara Syuhadah | 9 Syuhadah | Turkey

Nine  shuhadah faces of the gaza volunteers mission at mavi marmara ship.

1. Ibrahim Bilgen, 61, adalah seorang jurutera elektrik berasal dari Siirt, Turki. Beliau adalah Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, telah beristeri dan mempunyai enam orang waris.

2. Ali Haydar Bengi, 39, yang berasal dari Diyarbakir. Pelajar Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Status berkahwin dan mempunyai empat orang anak.


3. Cevdet Kiliclar, 38, Beliau adalah seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah beristeri dan mempunyai dua orang anak lelaki.

4. Cetin Topcuoglu, 54, berasal dari Adana, Turki. Bekerja sebagai Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo di Turki. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

5. Necdet Yildirim, 32, berasal dari Malatya, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. beristeri dan mempunyai empat orang cahaya mata.

7. Cengiz Songur, 47, berasal dari Izmir, Turki. Sudah beristeri dan mempunyai tujuh orang cahaya mata.

8. Cengiz Akyuz, 41, berasal dari Iskenderun, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda di Mavi Marmara, beliau adalah pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

 Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.”

(Muslim)

Pig DNA Detectors | DNA Babi | Jakim | UPM | Malaysia



Alat pengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa samaada produk-produk yang dikelurkan dari negara ini atau pun yang diimport adalah bebas daripada unsur haram.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata alat itu mampu mengesan unsur tersebut dalam masa kurang dari 1 jam. Alat yang dicipta oleh Institut Halal di Universiti Putra Malaysia, akan membantu pihak berkuasa dalam operasi pemantauan produk halal yang melibatkan pelbagai pihak.

Beliau mengalu-alukan apa jua produk baru yang boleh mempermudahkan urusan  pemantauan. Sebelum ini, pihak JAKIM menggunakan khidmat Jabatan Kimia bagi mengesahkan sesuatu produk itu bebas daripada unsur haram atau tidak.
Dengan terciptanya alat tersebut memang sesuatu yang amat dibanggakan kerana ia sangat membantu kepada integriti halal,

Wan Mohamad berkata alat itu, turut diperkenalkan kepada badan-badan pensijilan halal luar negara.
 JAKIM menyerahkan kepada budi bicara pihak-pihak berkaitan berkenaan produk tersebut.


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah."

(Muslim)