Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pig DNA Detectors | DNA Babi | Jakim | UPM | Malaysia
Alat pengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa samaada produk-produk yang dikelurkan dari negara ini atau pun yang diimport adalah bebas daripada unsur haram.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata alat itu mampu mengesan unsur tersebut dalam masa kurang dari 1 jam. Alat yang dicipta oleh Institut Halal di Universiti Putra Malaysia, akan membantu pihak berkuasa dalam operasi pemantauan produk halal yang melibatkan pelbagai pihak.
Beliau mengalu-alukan apa jua produk baru yang boleh mempermudahkan urusan pemantauan. Sebelum ini, pihak JAKIM menggunakan khidmat Jabatan Kimia bagi mengesahkan sesuatu produk itu bebas daripada unsur haram atau tidak.
Dengan terciptanya alat tersebut memang sesuatu yang amat dibanggakan kerana ia sangat membantu kepada integriti halal,
Wan Mohamad berkata alat itu, turut diperkenalkan kepada badan-badan pensijilan halal luar negara.
JAKIM menyerahkan kepada budi bicara pihak-pihak berkaitan berkenaan produk tersebut.
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah."
(Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment